Bekerja luar kawasan hari ini. Bukan jauh, Seremban sahaja, ukur jarak yang aku lakukan hanya lenih kurang 100km pergi balik.. tiada beza nya, aku telah telah merantau berkereta beratus-tarus kilometer sebelum ini.
Mungkin ini yang kesekian kali aku di luar kawasan. Jika dihitung, rasanya lama juga aku duduk terperap di pejabat sahaja. Di atas atas permohonan & rasa tanggungjawab aku membantu apa yang termampu.
Kerana tergesa ingin keluar dari Seremban bg mengelak kesesakan, aku tidak sempat bersolat asar di sana. Dalam perjalanan singgah di R&R seketika untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Islam sebelum langsung mengambil rakan serumah untuk menikmati hidangan makan malam.
Jam 6.00petang, aku sampai di rumah dan terus langsung ke Restoran Mahbub. Rakan terliur nasi biriani. Tersengeh aku mendengar cerita nya " Saya ni dah lapar tadi, tgk kawan saya makan nasi beriani, meleleh ayaq lioq. Dia tak offer" Aku fikir kalau la sahabat nya menjemput, pasti nasi tersebut habis dibaham nya.
Selesai makan, aku tiada cadangan lain nak dituju, terus pulang ke rumah untuk kejar kan solat magrib yang tinggal saki baki waktu. Terlintas, cuai nya aku menjaga solat, sapatutnya solat di awal waktu. Tanam di benak, usaha segigih mungkin untuk tidak cuai dalam menjalankan tanggungjawab hamba Allah ini.
Telefon berbunyi, jeling ke arah jam, pukul 8.30malam. Anak buah rupanya." Makcu ada kat mana, Ada buat apa?" "kenapa"? kata ku. "nak ajak makcu makan la kat Bukit Jalil". Ok kata ku.
Indah nya malam dengan anak-anak buah yang bermacam ragam. Makcu? Sentiasa berharap agar, saat indah ini dapat dikongsi dengan seseorang yang bernama suami.
Indah nya.
No comments:
Post a Comment