Harapan demi harapan aku taruhkan agar hati ini benar... Tapi aku hanya menipu diri sendiri...
Minat, suka, sayang dan cinta hanya fantasi... Realitinya semua perasaan itu hanya untuk Allah swt Penciptaku yang Maha Mengasihani.
Syukur dgn nikmat Allah, tersentuh dgn sifat pemurah Penciptaku, tetapkan aku dalam taat kepada pun Ya Allah.
Berhenti Berharap dengan manusia... Hanya berharap padaMu, Allah Yang Maha Mengasihani...
Aku dalam redha...pasrah
KISAH SEMPURNA
Cukup Sempurna Pada Tafsiran Hati Ini
Monday, July 4, 2011
Wednesday, June 22, 2011
Betapa Besar Dosa ku
Ku sujud pada mu Ya Allah mlm ini, dengan sesungguh nya tulus ikhlas agar diriku diberi pengampunan di atas dosa-dosa terdahulu yang telah aku lakukan.
Ya Allah, aku hamba mu memohon belas Mu, ampunkan aku Ya Allah.. Kelekaan kpd duniawi buat aku lupa mendekatkab diri padamu Allah. Alfa, bergelumang dengan dosa dan noda... Akibat dari kesenangan duniawi...
Sesungguh berdosa besar aku Ya Allah kpd mu, betapa aku mempunyai ilmu agama yg mencukupi di didik oleh kedua ibubapa ku, ustaz dan ustazah ku, tapi bila usia ku menjangkau dewasa, kenapa didikan itu tidak berguna, tidak dipraktik kan lagi.. Betapa jahil nya aku Ya Allah, hanya mengikut nafsu semata.
Ya Allah, adakah kudrat ku untuk menerima pembalasan mu Allah... Aku takut, aku risau, bagaimana agaknya Ya Allah
Ampunkan dosa ku Tuhan Yang ESA.
Wee

MOHON AMPUN TUTUP KEAIBAN DOSA
Dicedok dari
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Thu Apr 30, 09 4:54:51 pm MYT
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)
Istighfar bererti minta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan. Minta dilindung supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.
Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.
Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT.
Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram.
Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)
Pada ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian ingat kepada Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.
Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindung daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf.
Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya. Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya.
Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun." (Surah An-Nashr ayat 3)
Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)
Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain.
Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur.
Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT. Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar tarik perhatian manusia.
Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang." Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian.
Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga. Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.
Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu.
Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan.
Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid

Tuesday, June 14, 2011
Aku telah bersedia
Kadang-kandang hati kecil ku selalu bertanya, adakah ini hukuman kepada dosa-dosa yang telah ku lakukan sebelum ini, Ya Tuhan. Dugaan jodoh yang Kau berikan kpd ku amat menyiksakan Ya Allah, tapi walaubagaimanapun, aku kini redha dgn ketentuan mu.
Ya Allah,
Aku kini berusaha memperbaiki diri ku, sanggup memikul tanggungjawab yang lebih hebat, telah bersedia untuk melengkapkan syariat mu Ya Allah yang Maha Mengetahui seisi alam.
Ya Alah,
Makbulkan doa ku Ya Allah, aku memohon agar Kau kurniakan aku seorang jodoh yang dpt sama-sama saling lengkap melengkapi menuju jalan Mu, Ya Allah.. Kini aku benar-benar telah bersedia.
Ya Allah,
Bersyukur dengan limpah kurna dan rahmat yang Kau berikan, tidak terhitung oleh aku Allah akan nikmat Mu, Aku bermohon Ya Allah, agar suami ku itu nanti adalah dari golongan yang kau redhai, di antara golongan yang dapat membimbing keluarga dan masyarakt ke arah keredhaan Mu...
Ya Allah,
Adakah Kau akan membiarkan aku terus bermimpi tentang jodoh ku Ya Allah... Berangan-angan yang jodoh ku itu adalah si polan atau si polan... Ya Allah, berdosa nya aku membayangkan sesuatu yang bukan hak... Ampunkan aku Ya Allah....
Ya Allah, doa ku ini ku tujukan agar Kau mendengar isi hati ku Tuhan yang Esa... Adakah lelaki di dalam fikiran ku ini adalah jodoh ku Tuhan? Jika benarlah Ya Allah, aku memohon kau pertemukan kami dalam ikatan yang sah, sebagai suami isteri yg diredhai dan mendapat rahmatMu... Aku amat-amat bersyukur Ya Allah
Ya Allah tuhan sekelian Alam.
Aku benar-benar telah bersedia
Amin, ya rabbal alamin..
Wee 630am 14Jun2011

Monday, June 13, 2011
Lega 10%
Menahan diri dari berkata-kata adalah pembawa kepada tekanan perasaan.. Percaya lah, ini berdasarkan pengalaman sendiri.. Bercerita lah supaya jiwa dan hati akan lega sekaligus kehidupan akan tenang..
Mengadu, bercerita akan menjadikan kita lega walaupun sedikit, walaupun hakikatnya ia tidak menyelesaikan masalah, sekurang-kurang nya ia meringankan beban hati.
Suami isteri, kawan-kawan, sahabat, keluarga, blog, facebook adalah teman bicara, meluahkan rasa suka, cinta, sedih dan pelbagai perasaan lain...
Paling UTAMA, mengadulah kepada Pencipta mu Allah swt..... Dia sentiasa menjadi pendengar yang paling setia di sisi.... Cuma kita hamba kdg2 leka, sombong dan bongkak , tidak mahu mengadu... Yakin la bahawa ALLAH adalah Maha Mendengar.. Jauh di hati kecil kita perlukan tempat bergantung.
Saranan ku wahai semua yang ku sayangi.. Mula lah bercerita.. Cari lah tempat bercerita.. Hidup dgn ceria, elak kan gundah gulana...
Wassalam

Friday, June 10, 2011
Berbunyi kah bertepuk sebelah tangan?
Allah telah buka kan pintu hati ku untuk menyukai lelaki ini...Entah. Tiada alasan kenapa aku tiba-tiba menyukainya.
Mula terdetik perasaan ini semasa proses interview tempohari, Berlanjutan dari situ, perasaan ku jd tak karuan.. Ingin selalu mendengar suara, atau berchating dan sebagainya... Asalkan aku dpt dekat dgn nya..
Berdosakah aku Ya Allah....?
Ya Allah, diluar jangkauan ku Ya Allah, aku tidak pasti samada elok kah personalitinya, agamanya dan sebagainya...Kau yang Maha Mengetahui Segala dilangit dan dibumi...
Ya Allah, jika kau redhai perasaan ini, aku mohon kau teguhkan hati ku dan buka kan lah hatinya untuk kami bersama-sama menuju redha mu Ya Allah..
Tuhan, makbulkan doa ku, sesungguhnya aku berserah, sekiranya kau tarik perasaan ini, aku redha Ya Allah......
Sekiranya lelaki ini bukan jodohku Ya Allah, kau kirimkan seseorang yang lagi baik darinya yang mana dpt membimbing ku ke jalan yang kau redhai....
Amin Ya Rabbal Alamin.....

Wednesday, April 20, 2011
Makcu, tgh buat apa?
Bekerja luar kawasan hari ini. Bukan jauh, Seremban sahaja, ukur jarak yang aku lakukan hanya lenih kurang 100km pergi balik.. tiada beza nya, aku telah telah merantau berkereta beratus-tarus kilometer sebelum ini.
Mungkin ini yang kesekian kali aku di luar kawasan. Jika dihitung, rasanya lama juga aku duduk terperap di pejabat sahaja. Di atas atas permohonan & rasa tanggungjawab aku membantu apa yang termampu.
Kerana tergesa ingin keluar dari Seremban bg mengelak kesesakan, aku tidak sempat bersolat asar di sana. Dalam perjalanan singgah di R&R seketika untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Islam sebelum langsung mengambil rakan serumah untuk menikmati hidangan makan malam.
Jam 6.00petang, aku sampai di rumah dan terus langsung ke Restoran Mahbub. Rakan terliur nasi biriani. Tersengeh aku mendengar cerita nya " Saya ni dah lapar tadi, tgk kawan saya makan nasi beriani, meleleh ayaq lioq. Dia tak offer" Aku fikir kalau la sahabat nya menjemput, pasti nasi tersebut habis dibaham nya.
Selesai makan, aku tiada cadangan lain nak dituju, terus pulang ke rumah untuk kejar kan solat magrib yang tinggal saki baki waktu. Terlintas, cuai nya aku menjaga solat, sapatutnya solat di awal waktu. Tanam di benak, usaha segigih mungkin untuk tidak cuai dalam menjalankan tanggungjawab hamba Allah ini.
Telefon berbunyi, jeling ke arah jam, pukul 8.30malam. Anak buah rupanya." Makcu ada kat mana, Ada buat apa?" "kenapa"? kata ku. "nak ajak makcu makan la kat Bukit Jalil". Ok kata ku.
Indah nya malam dengan anak-anak buah yang bermacam ragam. Makcu? Sentiasa berharap agar, saat indah ini dapat dikongsi dengan seseorang yang bernama suami.
Indah nya.

Subscribe to:
Posts (Atom)